KeMbaRa Selepas TRIAL!!
![]() |
| these are my friends.. |
sebaik saja habis trial SPM,pen besar dan rakan rakan telah menyertai perkhemahan perdana ...
Nampak macm best kan...memang best tapi kawan saya Miss Panda and Alyots Hassan were not there. Kurang bestlah jadinya sebab apabila dua orang yang selalu ceria tiada, hidup jadi tiada seri..cewah...
Ini gambar pertama yang pen besar suruh orang tangkap.Haha...masa ni semua orang baru selesai dirikan khemah...Tudung bergantung sana sini...pen besar , cik Adleen (yang tak pakai cermin mata ),
dan Miss Mursyidah (yang tengah tu) baru lepas menyorok dalam khemah waktu segerombolan budak lelaki datang ke tapak kami...
Budak lelaki besar besar datang!! Untuk apa? Kelakar sangat waktu tu...dalam khemah tu keadaannya macam dalam oven..PANAS!!! tapi malu punya pasal..menyorok jugaklah dalam khemah merah tu. Rupanya mereka datang menolong..Bagus! bagus! tolong pasangkan kanopi ke apa entah..
atas dapur... budak lelaki kelas lain pun datang menolong tapi untuk tapak kelas masing masing lah..
Yang paling membanggakan...budak lelaki kelas kami dapat dirikan kanopi ke apa entah..sekejap je..
kukuh pulak tu..orang lain masih lagi mencari cara nak pasang kanopi ke apa entah...(eh macam mana boleh tahu..kan menyorok dalam khemah tadi?) Memang kami menyorok tapi curi curi tengok juga..haha..!!
Lega bila boleh buka pintu khemah tu luas luas...alhamdulillah semua lelaki dah pergi...tu yang tangkap gambar tu..tanda gembira ..haha.
![]() | |||
| Alamak! gambar pun dah tunggang terbalik. Tapi korang nampak tak yang warna biru macam atap tu.. haa..itulah yang pen besar maksudkan kanopi ke apa entah tu... Amacam, hebat tak !haha |
Kalau nak masak untuk kawan kawan mestilah buat sedap sedap kan. Shila solehah dah ada resepi kitaorang cuma kena masak je. Mee goreng lapan bungkus. Banyak tu!!
Ingat lagi masa kitaorang nak basuh ayam, tiba tiba ... ada orang kecoh kecoh.. "Eh, ada sisik ularlah dalam ayam ni.." kata salah seorang yang ada di situ sehingga kita orang jadi berdebar debar.
Tapi nak tahu tak? Apabila Mem Piah datang untuk tengok ayam mentah tu... rupa rupanya 'sisik ular tu ....ialah.... kulit kaki ayam....HAHAHA... kelakar rasanya bila ingat balik, itulah anak dara sekarang kena selalu ke dapur... kalau tak kecoh macam tadi..haha.
Lepas solat asar, semua orang bergegas ke dataran untuk aktiviti. Pen besar and the geng kena tinggal kat tapak untuk masaklah. Tapi yang sedihnya hujan turun agak lebat waktu itu . Susah betul nak basuh ayam, sayur dan mee yang banyak tu.Tapi geng pen besar, Miss Plastik, Bayyin and Shila solehah memang hebat. Sangat rajin. Pen besar memang tabik springlah pada diaorang.
Kini tiba giliran pen besar nak masak, pen besar memang berdebar debar ni. Pen besar buka api dapur paling kecik sebab takut hangit macam dulu . Tapi akibat kebodohan pen besar ketika itu, pen besar telah memakan masa yang lama menunggu bawang itu garing... kesian kawan kawan, semua dah lama tunggu sampai bosan. Mee pun hampir masak,masa untuk rasa! Ha! ni mee ke apa? resepi dah betul tapi tak rasa mee pun. Hmmm, sedihnya.. apalagi pen besar panggillah Mem Piah yang memang pakar, Mem Piah suruh tambah gula sebab kuah mee tu cair, kitaorang pun tambah gula sampailah rasanya adalah ala ala mee goreng walaupun lain sikit.
Bila dah masak, pen besar hanya mampu berharap mee goreng itu sedap walaupun tak sedap. Kawan kawan benar benar buat pen besar terharu, mereka semua puji mee goreng tu walaupun sudah terang lagi bersuluh yang mee tu taklah sedap mana... itulah namanya sahabat... sentiasa pandai menjaga hati satu sama lain..
Semua orang kena denda. Denda itu amat memalukan. Semua orang kena berguling atas dataran! Ahh! Malu sangat lebih lebih lagi yang perempuan.Ya Allah! mula mula budak lelakiyang kena berguling memanglah kelakar tapi lelaki takpelah sebab takpelah. Tapi, perempuan bergolek atas dataran, macam mana tu? Pen besar rasa geram sangat dengan orang yang lewat. Tak pasal pasal anak gajah kena berguling. I was very frustrated.
Harap semua boleh ambil pengajaran.
![]() | |
| Ha! kenal tak mereka mereka yang comel ni? ini gambar pen besar dengan Kak Aun (yang bertudung putih), Sabrina (yang peace tu) dan my twin fifi. Haha macam twin tak? |






Comments
Post a Comment