2 weeks holiday
Assalamualaikum semua,
saya baru je habis exam foundation sebelum masuk clinical phase.
Sebenarnya tak terfikir langsung untuk spend the whole two weeks at home and came back just two days before the exam starts.
Selama ni aku ingat aku tak boleh belajar kat rumah, tapi alhamdulillah boleh je in fact cuti kali ni aku rasa paling satisfying of all other holidays I've been through.
Ok, tak nak cerita pasal study, tapi nak cerita pasal adik bongsu aku Maisara. dah 8 tahun dah budak kecik ni. Aku memang geng sangat dengan kelima-lima adik aku, tapi Maisara ni yang paling rapat dengan aku. Sepanjang cuti ni kitaorang solat sesama, main sesama, kalau aku tengah study dia tak kacau sebab aku dah explain awal awal kalau Maisara kacau angah dia, angah dia tak dapat jadi doktor XD
Nak cerita nya kat sini kan, Maisara ni bagus sangat. Kalau dengar azan je, terus dia ambil wuduk pakai telekung biru dia tu dan ajak aku solat, sentap tapi aku bersyukur sangat. Setiapkali lepas solat aku minta dia bacakan doa, ingatkan dia akan baca bahasa melayu tup tup keluar doa dalam bahasa arab - panjang pulak tu. Terpegun aku, rasa macam nak rakam nak tunjuk kat semua orang hebatnya adik aku ni, tapi bila fikir buat apa nak hebah-hebahkan kan.. hahaha. So,i ask her from where she learn that duas, she said " Ara hafal yang ummi print tu" ooo memang kat rumah aku ada doa yang ummi laminate untuk latih adik lelaki aku baca doa selepas imamkan solat. Takde orang suruh pun Ara hafal doa tu.. tapi bagus sangat. Gembiranya hati ni.
Setiap kali pergi pantai, kitaorang mesti cari cengkerang siput yang cantik cantik. Rumah tepi pantai je.. so, memang best.
Hari tu kan, ummi cerita yang Ara ni suka Bahasa Inggeris, dia cakap kat kawan dia tapi kawan dia cakap, awak suka bahasa inggeris? tapi awak tak pandai pun bahasa inggeris. XD. Comel je adik aku cerita, sejak dia kecik, aku memang suka belikan buku-buku bahasa inggeris kat adik-adik aku sebab aku nak biar diorang suka membaca sebab aku ni jenis yang suka buku tapi lambat nak habiskan satu satu buku tu. So, aku tak nak diorang end up macam aku, aku nak dorang jadi orang yang bijak cerdik soleh solehah macam Hijaz , macam Raidah, macam Fifiey, macam Syahir, macam kawan kawan aku yang suka membaca dari kecik. Memang orang yang suka membaca ni bila bercakap mesti penuh dengan wisdom, bila bekerja, boleh fokus dengan baik, aku tak macam tu, so, aku doa dan harap adik adik aku dapat jadi orang soleh yang hebat.
Waktu cuti tu kan, Maisara dapat keputusan peperiksaan akhir tahun dia, aku dah janji dengan dia kalau dia dapat semua A, angah dia akan belikan aiskrim besar pastu makan sama-sama. Dia tuntut kot janji tu. hahaha.. time tu aku dah pokai takde duit dalam purse hahaha.. Dia dapat A bahasa Inggeris, pastu kan dulu dia dapat nombor 19 dalam kelas, sekarang dia dapat nombor 9. Hebat tak. hahaha.. aku ni jenis kakak yang curious, pi la tanya adik aku kawan dia yang cakap dia tak pandai english tu dapat berapa, jahat tak. Alhamdulillah dua dua markah sama
Sedih sangat nak balik USM semula, tapi tulah yang dinamakan pengorbanan dalam menuntut ilmu, semoga ada keberkatan.




Comments
Post a Comment