Cuti 3 minggu

17/8/2019 Sabtu
5.00pm
My brothers ambil aku di USM
Tersengih aku bila adik aku buat buat macho keluar dari kereta myvi kelabu berjalan gaya hero drama tolong angkat barang barang aku yang teramat banyak tu😆
Sayangnya hero macho itu ialah adik aku bukan prince charming dari langit ketujuh.
Alhamdulillah, perjalanan ke kampung aku di Marang selamat dan lancar. Sampai kat rumah dalam pukul 11.30pm sebab pergi hantar kereta myvi dulu kat rumah pokdi.. tukar naik kereta kancil putih along. Lepas bersembang dengan sepupu sepapat semua baru balik rumah. Balik je Maisara nangis sebab adik aku pegang kunci rumah lama yang mana dalam rumah tu barang sekolah Maisara tertinggal. Sedih sebab tak dapat siapkan kerja sekolah.

Pada hari yang sama mak saudara aku baru sahaja selesai chemotherapy first cycle dan ummi abi pun otw balik ke Marang, sampai rumah dalam pukul 7pm.

Cuti ni aku buang segala negativity untuk fill up our new house with positive vibes. Rumah baru dah ada sofa, rak tv, katil semua.. Tapi still banyak yang belum kemas. Ditambah dengan rumah lama yang masih banyak barang belum dibungkus untuk diangkut pada hari Isnin.

Bermulalah cuti aku dengan episod deko bersama Ummi dan packing bersama along. Serius banyak gila barang terutama buku buku dan pakaian kami. Eh tak lupa juga, episod mencari barang hantaran bersama Najwan. Adik aku dah nak kahwin.

Aku sangat tak fit sepanjang tempoh kemas kemas ni..
Rasanya sebab dah berbulan tak exercise untuk exam preparation haritu. Badan pun dah tak cepat adapt dengan situation. Tambah tambah lagi tulang tongkeng aku masih belum baik lepas jatuh terduduk sebulan lepas. Dr. cuma bagi ubat tahan sakit je. X ray yang dr. ambil cuma AP yang lateral dr. tak ambil pun..  Dah sebulan ni, kalau soft tissue injury mesti dah surut.. Ni mesti something happen dengan tulang aku. Sebab aku ni memang selalu jatuh, tapi jatuh yang hari tu punya memmmaaanggg saaakkkkiiittttt woooaaaa.
Apapun, sakit tu penghapus dosa. Ameen ameen, semoga Allah ampunkan dosa dosa aku.

So, episod 1 cuti sama dengan episod 1 drama drama yang telah disebutkan.. Sampailah episod 2, kitaorang call maklong untuk tanya khabar, maklong yang dalam hari kedua post chemo mula sengal sengal kaki sampai tak boleh tidur dan sakit bila berjalan. Ibuku sangat risau. Aku juga. Ibuku tak mampu nak balik ke Kuala Lumpur untuk menjaga ibu saudaraku. Jadi, aku terus beli tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur menjaga maklong. Untuk ummi dan aku lega, sebab maklong takde orang jaga.

Ummi sibuk dengan proses pindah rumah, abi sakit kaki sebab terjatuh hari tu, along bekerja dan najwan pula sibuk dengan urusan pernikahannya nanti.  Jadi, akulah satu satunya orang yang available. So, episod cuti aku akan bertukar drama.

19/8/2019 Isnin
10.30pm
Tiket bas ke Kuala Lumpur dari kampung halamanku Marang Terengganu.
Banyak pantang larang makanan yang maklong boleh dan tidak boleh makan, aku kena kreatif la nak masakkan maklong hari hari. Hahahhaa.. Pening kot nak masak untuk tiga orang.. Wan lauk lain, maklong lauk lain, maksu lauk lain, hahahahha tapi sebab aku suka masak so, enjoy jela. Lagipun takde apa yang aku boleh buat kat sini selain masak dan kemas rumah.  Nak je aku share resepi kat blog aku. Tapi tak sempat update dah kena masak yang lain.. Hahahha so, tak de maknanya..

Comments

Popular Posts