Just another nonsense
Siapa sangka penghujung sem 6 dah berakhir tapi aku masih ada di sini. Cuti hanya tiga minggu dan aku masih belum pulang ke rumah. Sebab apa? entahla... takde orang boleh ambil aku sampailah Ahad ni. Mak ayah aku pergi KL, adik aku takde kereta nak datang sini. Oleh itu, tinggallah aku sendirian tidak berteman di satu bilik kecil dalam sebuah desasiwa yang kosong. Kenapa tak naik bas? sebab banyak sangat barang - barang.
Aku tak tahula kenapa, malam ni aku penat, sedih, kecewa dan kosong. Aku takut untuk menghadapi hidup ini. Segala yang aku impikan tidak tercapai dan segala yang aku ada hilang satu persatu, daripada sekecil kecil wisdom kepada sebesar besar kemahiran aku. Aku sekarang seorang yang takde apa-apa, penuh kekurangan dan kelemahan. Kerana aku tahu punca dan apa yang sepatutnya aku lakukan, aku jadi benci pada diri aku yang tak pernah berhasil melakukan apa yang patut aku lakukan. Kerana aku tahu jawapan kepada perasaan dan emosi yang tidak masuk akal ini, aku jadi makin benci kepada diri aku kerana masih mempunyai emosi yang negatif ini. Aku nak jadi orang yang kuat, aku nak jadi orang yang sabar, aku nak jadi orang yang bersyukur, tapi kerana aku semakin lemah, semakin penat dalam bersabar, dan semakin sedih, aku benci pada diri aku.
Aku rindukan aku yang dulu, yang sayangkan semua orang, yang nak gembirakan semua orang, yang dapat buat apa sahaja untuk orang yang aku sayang, yang sentiasa bersemangat menjalankan tanggungjawab. Hidup ini amat kejam, kerana aku seperti itu, orang mempergunakan aku, menipu aku, membiarkan aku susah seorang diri, menjadikan aku korban untuk kepentingan diri dan membiarkan aku berjuang sendiri. Saat aku sendiri dan menangis, mereka memberi solusi bahawa punca kekejaman orang terhadap aku adalah kerana sikap aku yang begitu. Aku harus lebih bijak menilai manusia, lebih berhati hati dalam memberi kepercayaan dan lebih pentingkan diri sendiri bukan orang lain. Aku dah berubah sekarang tapi tanpa sedar aku dah korbankan hati aku dan diri aku. Aku dah takde hati pada manusia. Aku dah takde semangat dalam memberi, aku jadi seperti mereka. Dan aku sangat benci. Benci pada diriku seperti mana aku benci pada mereka yang mengkhianatiku.
Aku tahu aku akan mati bila bila masa. Kerana itu aku sedih.. sedih kerana aku tak kuat, aku tak pandai, aku tak cantik pada pandanganNya apatah lagi pada pandangan manusia.
Aku nak jadi seperti burung... yang sentiasa taat pada RabbNya yang terbang tinggi di awan bebas menjadi diri sendiri, yang dicintai yang disayangi manusia. Yang dapat menyanyi sepuasnya. Yang susah mencari makan tapi terbang dalam kawanan. Yang gigih membina sarang sendiri yang akhirnya berguna untuk dirinya dan keluarganya.
Exam hari tu, aku sedih sebab tidak dapat bagi yang terbaik. Soalan yang senang tidak dapat dijawab dengan baik, aku bagai seorang gagap yang bodoh dan dipandang hina. Aku tak mampu menggembirakan orang orang yang mendengar jawapan aku. Makin hari makin bodoh. Hari hari di sini aku hadapi dengan kegagalan. Aku berusaha keras namun tetap perlu yang lebih keras. Dan hakikatnya takde siapa yang memahami situasi aku walaupun orang yang paling dekat dengan aku.
Cukup untuk malam ni. Kepala aku sangat berat. Berat dengan semua yang aku lalui. Aku hanya inginkan bahu untuk bersandar walau sekejap sahaja. Tapi tidak ada yang mengerti.

Comments
Post a Comment